Adakah anda sedang berusaha untuk mendapatkan semula“boyfriend” / " girlfriend " anda?Betul…bukan senang nak dapatkan kembali ex-bf!
Walau demikian,cukup ke persiapan anda untuk menawan hatinya kembali?Memujuk dan mendapatkan kembali teman lelaki adalah dua perkara yang amat berbeza.Kebanyakan wanita(hampir semua sebenarnya) membuat langkah awal yang salah!
Okay,baca dan fahamkan:
1) JANGAN bergaduh dengan dia.Selalunya dengan ex-bf / gf ni,bila anda bercerita dengannya,asyik bergaduh saja.Bergaduh hanya mencipta ketegangan dan membunuh keinginan.Bergaduh dengan ex-bf / gf anda amatlah tak berguna.Walau pun anda menang bila bergaduh mulut,kena tinggal tetap jugak kena tinggal!
2) JANGAN cuba menggunakan logic untuk meyakinkan dia untuk teruskan perhubungan atau kembali kepada anda.Ingat ya,cinta itu berlandaskan perasaan,bukan logic!Macamana betul,teguh,meyakinkan,bijak dan segala yang sewaktu dengannya pun logic anda itu..anda tetap jugak kena tinggal!So..logic,jangan guna.
3) JANGAN yakinkan/cuba meyakinkan ex-bf / gf anda itu bahawa anda telah “berubah” atau “mulai sekarang..keadaan pasti berubah”.Benda macam ni seolah-olah macam timba air keluar dari perahu bocor.Tak berjaya punya…perahu tetap jugak bocor.
4) JANGAN asyik cakap yang anda cintakan dia.Dia TAK peduli pun!Apa yang dia peduli,berapa banyak yang dia cinta pada anda..bukan berapa banyak anda cinta pada dia!
5) JANGAN merayu!Ya…jangan merayu.Saya tekankan ini sebab 98% perempuan akan merayu supaya ex-bf kembali padanya(lelaki pun ramai jugak merayu supaya ex-gf dia kembali kat dia sebenarnya).Lagi banyak,lagi kerap anda merayu…lagi jauh la dia tinggalkan anda!
6) JANGAN cuba buat dia rasa bersalah bila tinggalkan anda.Sebagai contoh la ya..“Saya tak boleh hidup tanpa awak…”, “Jangan la tinggalkan saya/break dengan saya sekarang,exam dah dekat ni..”Cubaan dan ayat-ayat yang macam ni takkan berjaya,lagi cepat dia tinggalkan tu adalah…atau pun,dia buat tak tau je..
7) JANGAN berlakon sedih supaya dia rasa bersalah.Simpati dan kasihan tu TAKKAN sama dengan “tertarik” dan “keinginan” untuk kembali kepada anda.
8) JANGAN bercakap dengan kawan-kawannya dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan kawan-kawannya.Walau pun kawan-kawannya sokong anda,cuba nasihatkan dia dan buat “plan” supaya dia kembali kepada anda dan berjaya…selalunya tak lama!Sebabnya dia mesti kembali bersama anda atas keinginan hatinya yang ikhlas dengan sendiri tanpa dipengaruhi oleh faktor luaran yang seperti ini contohnya.
9) JANGAN menangis di hadapannya!(Ramai sungguh buat macam ni!)Okay…menangis la macamana pun…mungkin dia akan merangkul anda dengan mesra dan memujuk anda…tapi kemudian anda tetap juga kena tinggal dan dia akan pergi berpasangan dengan orang lain.Menangis terlalu banyak depan dia ke…dalam telefon bila bercakap dengan dia ke…itu semua hanya akan menunjukkan kepada dia bahawa dia berkuasa ke atas anda jadi…jangan buat!
10) JANGAN desak dia supaya kembali kepada anda!Lagi anda desak,lagi anda cuba tarik dia…lagi jauh dia daripada anda.
Semua perkara di atas adalah kesilapan biasa yang kerap dan ramai wanita / guys buat semasa “break-up”.Buat perkara di atas ni walaupun satu jer…cerah peluang ditinggalkan terus oleh bf / gf!Mungkin ramai yang dah alami perkara ni.Jadi nak buat macamana ya? Sabar je la ekkk...
♥♥♥ Love is not teaching us to be weak, but generate power. Love teaches us not to be humiliate ourselves, but breathed valor. Love is not despairing, but the spirit that control it.. We are not perfect so grateful for what we have ... Love the person who love us not the person that take advantage to us... ♥♥♥
It's Me Ezza
- Chenta Ariezza
- ~ Hanya seOrang gadiz biasa yg amat meminati MANCHESTER UNITED sOccer team tapi punya banyak keistimewaan yg ramai belOm tahu hehehhee apa agaknya yee???emmmm biar lah rahsia.... Ske berkawan tanpa memilih apa2 kategOri tapi pelik ade jugak insan dlm dunia nie yg jenis memilih....kenapa yerr??sedangkan sendiri pun x perfect emmmmm tah la pepepun aku jenis enjoy....nk kwn kwn xmO kwn sudah ade aku kisah....hati Orgkan kita x taw tul x....ramai yg menilai dr LUARAN bukan DALAMAN ~
Sunday, May 16, 2010
3 Kesilapan BESAR Selepas Putus Cinta dan Macamana Nak Buat?
Okay….sekarang tetiba je anda dah sedar…anda kembali “single”!
Jadi..apa nak buat ya..
Amaran: Jangan menyusahkan hidup anda dengan ber“dating” terlalu awal selepas putus cinta.Berapa awal ‘terlalu awal’ tu?Bergantung kepada keadaan semasa putusnya perhubungan anda.
Apa sekali pun: Enam bulan atau lebih.
“Atau lebih”? Ya! Enam bulan atau lebih!
Kalau jari kita terluka,perlu masa untuk baik.Kalau luka itu dalam perlu lebih lagi masa untuk sembuh.Untuk pulih sepenuhnya dari putus cinta sama sahaja,perlukan masa.
Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh anda selepas putus cinta dan bergelar “single” ialah melibatkan diri dengan seseorang yang lain SEBELUM luka lama anda sembuh.
Dua lagi kesilapan yang berkaitan termasuklah anda tidak mengambil sepenuh tanggungjawab “bersama” atas perkara yang menjadi sebab putusnya hubungan anda dan anda tidak pastikan isu itu selesai sebelum anda mulakan hubungan yang lain.
Melakukan perkara yang sama berulang-kali dengan mengharapkan keputusan yang berbeza adalah tindakan tidak waras.Sedar bahawa hati anda perlu pulih tetapi tidak berbuat apa-apa takkan membantu anda bersedia untuk perhubungan seterusnya malah hanya memanjangkan lagi penderitaan.
Jadi macamana nak elakkan kesilapan yang sama berlaku? Hidup “solo” untuk beberapa waktu!
Perlu anda faham,sebelum anda melibatkan diri dan berjaya mendapat cinta dan perhubungan yang sejati serta sihat,pertama sekali anda perlu melibatkan diri anda dengan “diri” dan perasaan anda sendiri.
Dalam menilai diri sendiri,toloooooonngglah berlaku jujur..
Lihat diri anda dengan ikhlas tentang apa yang mungkin telah anda buat dan lakukan sama ada sengaja,perasan atau tidak yang boleh menyumbang terhadap gagalnya cinta anda yang lepas.Anda mesti berjanji untuk buat perubahan dalam diri anda SEBELUM terlibat dalam perhubungan cinta seterusnya.
Sekarang adalah masanya untuk anda menjadi lebih matang.Sebagai seorang yang telah kembali “solo”,anda seharusnya menggunakan masa ini untuk melihat dan mengkaji sikap anda dahulu,apa yang telah anda lakukan semasa bercinta dan juga apa yang anda tak suka dengan sikap bekas kekasih anda.Kalau boleh,buat satu ‘resume romantik’ yang akan anda tuliskan sikap positif dan romantik bekas kekasih dan apakah sikap dan ciri lain yang anda inginkan dalam diri kekasih anda yang akan datang.
Ini adalah masanya untuk anda menimba pengalaman berdiri atas kaki sendiri.Belajar jadi matang dan berdikari.Ingat…anda mesti belajar untuk berdiri dengan sendiri dahulu sebelum anda boleh berdiri bersama!
Bukanlah maksudnya nak berkawan dengan gender yang sama saja,dating pun tak boleh,boleh…tapi bila ber’dating’ tu,anda MESTI menahan keinginan untuk melibatkan diri dalam satu perhubungan yang lebih intim terlalu awal.Jangan la baru ‘dating’ dengan seorang saja dah mula nak bercinta,nak lebih intim.Berkawan ramai sikit,’dating’ lebih dari seorang,tak salah sebab itu atas dasar berkawan.Pastikan jangan la pulak terlibat dalam masalah sosial sebab terlebih berkawan ya!Kawal diri,perasaan dan sedar batasan anda.Tujuan anda hanya untuk berkawan,itu saja.
Anda tak perlu melibatkan diri dalam perhubungan baru secepat mungkin selepas putus cinta dengan harapan ia akan dapat mengubat hati yang lara.Itu adalah tindakan yang TIDAK bijak!Katakan kalau kita demam la ya,doktor akan menasihatkan kita supaya berehat 1-3 hari bergantung kepada betapa serius demam kita,beri cuti sakit bukan nasihatkan kita terus berkerja.Ini tindakan BIJAK.Jadi jangan terlalu cepat ok!
Perhubungan yang terputus,memedihkan dan amat melukakan perlukan masa untuk sembuh.Maksud saya adalah perhubungan yang memedihkan dan melukakan dengan diri anda.Anda perlu faham,sebelum anda pulih dan sembuh sepenuhnya,ada beberapa masalah yang perlu dibaiki dan diselesaikan dulu.
Selalunya tindakan kita tidak bermatlamat.Kita salahkan bekas kekasih,mak mertua,adik-beradik ipar,saudara mara,kawan-kawan dia atau kita,sesiapa saja silap-silap ayam,kucing,kambing pun kita salahkan kecuali… “penyangak” yang sebenar!
Kalau nak tau apa masalah dalam perhubungan yang lepas,senang je…pergi tengok cermin.Dah nampak?Ya,andalah masalahnya!
Beranilah melihat jauh ke dalam diri dan bebaskan diri anda daripada menunding jari dan menyalahkan pihak lain.Masanya telah tiba untuk memikul tanggungjawab dan sedar siapa anda,apa yang telah anda buat,bagaimana cara anda berfikir,cukupkah ilmu tentang pengurusan cinta dan perhubungan,dengan siapa anda ber’dating’ dan macam-macam lagi.
Perhubungan yang paling penting untuk anda sekarang ialah perhubungan dengan diri anda!Ini adalah misi utama anda.Bina semula hubungan dengan diri anda.Betulkan segala kesilapan dan sikap negative anda.Langkah pertama ini amat penting sebelum anda menjadi diri anda yang baru dalam hubungan sihat dan bahagia selepas ini.Selain itu,pada masa yang ada ini,luangkan masa berusaha menyediakan diri anda untuk cinta yang akan anda kongsi bersama insan lain di masa hadapan.
Masalah kalau anda cepat sangat menjalinkan hubungan baru,diri anda tidak ada “tempoh bertenang” untuk berfikir dan membuat pilihan serta membetulkan semula sikap negative anda.
Cipta perhubungan baru dengan diri anda!Ketahui dengan sebenarnya siapa anda.Ambil masa,jangan gopoh.Bila sampai satu ketika anda pasti tau dan sedar apa kesilapan anda dan terima dengan hati terbuka.Kemudian buat sesuatu yang lain!Ubah sikap negative.Bila dah terima hakikat bahawa anda juga bersalah dan ada sumbangan kepada putusnya perhubungan anda,luka di hati akan mula sembuh.
Bila anda sedar dan buat keputusan kesilapan itu tidak akan anda ulangi lagi,anda akan rasa lebih baik,lega dan hati akan mula tenang.Akan sampai masa anda toleh ke belakang dan berkata, “Macamana aku boleh bertindak dan berfikir macam tu”.Anda juga akan rasa perasaan sedih dan luka yang amat sangat itu tak patut anda biarkan berlaku pada diri anda.Anda akan toleh kenangan cinta lepas dengan kecewa disebabkan sikap negative anda.Dalam masa yang sama,anda pasti bangga kerana anda telah sedar dan tau,anda takkan biarkan ia berulang lagi.
Separuh dari proses nak pulih dari kepedihan anda sekarang adalah dengan mengakui dan sedar bahawa ada di antara masalah yang telah berlaku,anda juga bertanggungjawab.Tau macam tu je tak cukup.BUAT dan lakukan adalah hal yang lain pulak!
Sekarang adalah masa untuk BERHENTI menyalahkan orang lain atas keperitan yang anda sendiri juga cipta untuk diri anda.Sekarang adalah masa untuk memaafkan supaya luka dan keperitan ini akan cepat sembuh.Pilihan di tangan anda.
Luka tidak akan sembuh sehingga anda membenarkan diri untuk memaafkan.
Walau apa pun,yang pentingnya berapa lama anda nak tanggung perasaan yang macam ni?
Kalau anda masih juga kata bahawa bekas kekasih anda TETAP yang menjadi sebab putusnya cinta anda dan buat anda derita,kecewa macam ni,saya rasa anda masih tak faham lagi apa yang nak saya sampaikan.Ini adalah masa untuk lepaskan semua perasaan benci tu dan focus untuk menerima tanggungjawab atas pilihan yang ada sekarang.Menyalahkan orang dan pihak lain akan hanya dan sentiasa buat anda tetap berada di tempat anda sekarang serta kekal begini berterusan.
Disiplin diperlukan untuk buat ini semua.Boleh buat ke?Kena faham ya,penderitaan anda ini hanyalah sementara.Derita putusnya cinta BOLEH sembuh.Anda boleh!
Anda akan lakukan bila anda sedar menjadi diri anda yang ceria seperti dulu dan menjadi kuat adalah lebih bermakna dari terus “melekat” dengan kenangan silam dan perasaan benci yang tentu sekali tak mendatangkan hasil.
Anda tak perlukan kekuatan untuk melepaskan…hanya keberanian.
Mulakan sekarang!

Ex-BF / GF Nak "Rujuk" Semula! Patut Ke Anda Bagi Peluang?
Anda dah “fed-up”!Hidup dengan dia amat menyeksakan.Anda di kongkong,perasaan anda tidak diambil berat,seolah-olah anda rasa disayangi,dilayan dengan baik dan manja hanya bila diperlukan.Dipendekkan cerita,akhirnya anda putuskan perhubungan anda.Cukup!Sampai di sini saja.Keputusan anda muktamad tetapi…
Dengan cukup sadis,ex-bf / gf anda yang sebelum ini seorang yang cukup ego,garang kononnya,macho bg girl lak cantik,cun,ayu dan control lawa dan mengambil mudah perasaan anda,merayu…menangis sambil berkata, “Ampunkan abang / dinda…tolonglah sayang,abang / dinda akan buat apa saja,kembalilah”…dengan suara yang sebak dan terketar,air matanya berderai laju.
Tindakannya membuat anda sebagai wanita yang lembut hati dan penyayang amat menyentuh jiwa.
Anda terfikir:
Betul ke ni?
Boleh percaya ke?
Jauh di sudut hati….
Anda masih sayang padanya..
Jadi,adakah betul kali ini ex-bf / gf anda tu betul-betul maksudkan apa yang dia ucapkan tu?Macamana anda nak tau dan pastikan?
Ingat 5 perkara ini di fikiran anda.
1) Anda TIDAK perlu beri dia peluang sekali lagi!Inilah dia perkara yang pertama sekali yang perlu ada dalam fikiran anda.Fikir macam ni akan mengurangkan anda berfikir dengan banyak dan pastinya juga mengelakkan banyak lagi perbincangan dengan dia.Selain itu,anda akan tenang dan ini membantu anda membuat keputusan yang bijak kemudian hari.
2) Kalau dia jujur,dia pasti akan tunaikan janjinya.Sebagai contoh,kalau dia kata dia takkan tengking anda lagi,dia akan berhenti buat macam tu.Kalau anda suruh dia pergi “therapy” sebab dia ni “alcoholic” ke..atau sebab nak buang sifat panas barannya ataw sifat nye yg ske membebel2 nyakitkan telinge yang anda dah tak tahan tu,tanpa banyak soal dia akan pergi.
3) Dia takkan mendesak anda.Tak siapa pun suka didesak apatah lagi dalam keadaan anda.Untuk mendapatkan anda semula,dia perlu dan mesti berikan anda masa dan ruang.Sikap macam ni dari dia adalah di antara ukuran yang cukup penting untuk anda lihat kejujuran,kematangan dia dan adakah dia dapat kawal perasaannya yang jika tidak pasti membuat anda lebih jauh darinya.Anda perlu faham,orang yang jenis “manipulative” atau yang jenis cuba “ingin menguasai” takkan bagi masa yang anda perlukan untuk anda buat keputusan yang baik untuk ANDA.Orang yang “manipulative” hanya mahu keputusan yang baik untuk dia sahaja.
4) Anda lihat dia akan jadi pendengar yang baik.Sikap dia akan merendah diri,tak la macam sebelum ni,ego semacam,apa anda cakap dia buat selamba…buat tak dengar jer..macam cakap dengan tunggul.Ikut naluri anda,pasti anda perasan kalau dia berlakon buat macam tu.
Lagi satu,sikap jujur dia tu mesti diambil kira bila anda kata “tidak” dan dia akan faham dan terima.Dia juga akan faham kalau anda letakkan sempadan dalam perkara tertentu terhadapnya sebagai contoh anda kata, “Saya tak nak awak telefon saya seminggu,saya nak tenangkan fikiran”,tanpa banyak soal dia akan dengar dan ikut.Sekiranya perkara-perkara seperti ini dia tak dapat buat,apa pun alasannya,dia tetap belum berubah dan jujur dalam janjinya.
5) Perubahan 90%-100% pada sikap buruknya.Kalau dia betul berubah…dalam jangkamasa tertentu,anda boleh lihat perubahan pada dirinya.Segala apa yang anda tak suka tentang perangai dan sikap buruknya dulu,dah hamper takde atau tak mustahil..dah takde terus!
Ingat!Letakkan masa untuk tengok dia berubah dan kotakan janjinya.Tapi berapa lama ya?okay….tidak kurang dari 3 bulan.Ya,tak kurang dari 3 bulan!Sebabnya kalau dia betul jujur dia akan tunggu anda berapa lama pun masa yang anda tetapkan dan sanggup hadapi risiko untuk tidak diterima oleh anda tanpa banyak soal disebabkan kesedarannya yang dia ni dah buat salah.Kalau sekiranya dia berlakon je selama ni..anda pasti dapat lihat,rasa dan tau bahawa selama ini janjinya itu hanya lakonan.Orang yang berlakon dalam hal macam ni jarang dapat bertahan selama itu untuk mengaburi lakonan mereka.
Apa yang anda minta dia buat sebenarnya bukanlah banyak mana pun.Anda hanya ingin dia tunjukkan yang terbaik untuk anda,buka semula harapan dalam perhubungan dan yang penting kembalikan kepercayaan anda padanya.Apa saja yang dia lakukan dalam tempoh yang anda sendiri kawal ini,memberi diri anda masa dan alasan kukuh untuk terima dia atau pun tidak.
Dalam masa yang sama,berhati-hati dalam membuat keputusan.Ada juga yang inginkan peluang sekali lagi dan kemudian akan mengunci hati anda dengan sikap jujurnya yang mengaburi hati anda bahawa dia sudah berubah.Orang seperti ini akan berusaha mendapatkan anda kembali tanpa anda ketahui dia tidak jujur.
Jadi,untuk mengelakkan anda kecewa dalam perhubungan cinta yang menyusahkan anda,keputusan perlu dibuat dengan mengambil kira banyak perkara.
Selalunya hati kecil anda akan lebih tau dan kenal sama ada dia berlaku jujur atau tidak dan patutkah anda kembali padanya walaupun dia telah berubah dan melakukan segalanya.
Ingat!Jauh disudut perasaan anda adalah hati kecil yang kenal dirinya,gunakan perasaan ini dengan bijak untuk keputusan terakhir.

Yer ke nie?? 20 Resepi Cinta Untuk Hancurkan Perhubungan!
Perhubungan selalunya bukanlah sesuatu yang mudah untuk diurus walaupun dah bersumpah setia terhadap cinta bersama.
Masalah besar yang selalu berlaku bila salah seorang atau kedua pasangan berterusan buat kesalahan yang sama kemudian tak tau/tak faham kenapa la perhubungan mereka bermasalah.
Beberapa perkara dari sikap,cara berfikir dan cara berkomunikasi seseorang itu,kalau diulangi dan dibuat berterusan berpotensi sangat menghancurkan perhubungan.
Anda buat yang mana?
1. Walau pun anda takde fakta dan hujah yang lengkap, anda terus kata anda betul dan terus amalkan sikap keras kepala.
2. Tak pernah minta maaf! Walaupun terang-terang anda ni salah.
3. Pentingkan diri anda.Buat tak tau je kepentingan/keperluan pasangan anda. Yang penting apa anda nak MESTI anda dapat dan dia tunaikan.
4. Tak pernah mengaku dan menunjukkan yang anda terluka. Sebaliknya bila terluka, cepat-cepat melenting dan marah.
5. Anda tau kekurangan,kesalahan dan rahsia keluarga pasangan anda dan gunakan itu semua bila anda gagal masa berbincang dengan pasangan.
6. Bila pasangan buat salah,anda guna dan manipulasi perasaan bersalah itu untuk menyerang emosinya.
7. Sentiasa cekap cari kesalahan pasangan. Kalau dia buat perkara baik,tak puji dan buat tak tau.
8. Buat janji. Tak tepati!.
9. Buat-buat faham apa yang di cakap dan sampaikan walaupun anda sepatah apa pun tak faham.
10. Tak pernah serius dalam apa hal pun.
11. Sentiasa cakap anda ‘pasti mati’ kalau dia buat tak tau pada anda.
12. Selalu ungkit perkara lepas. Cara penyampaian je tak sama tapi isi dan fakta tetap sama.
13. kalau bertengkar,sentiasa tak nak kalah. Anda bertengkar bukan untuk mencari penyelesaian tapi untuk ‘menang’. Jadi apa cara pun anda mesti buat anda menang sampai pasangan tak tahan.
14. Tak tunjukkan tanda anda ambil berat pasangan anda.
15. Tekankan apa yang anda kata jauh lebih penting dari pasangan anda. Jadi anda selalu ‘potong’ cakap bila pasangan sedang bercakap.
16. Bila anda dapati anda betul dalam sesuatu perkara,selalu cakap, “Itulah..saya dah cakap..awak degil..”.
17. Selalu anggap pasangan anda saja yang perlu faham kehendak/keperluan anda dan perlu secepat mungkin buat apa saja untuk anda tanpa perlu anda cakap.
18. Bagi yang dah berkahwin,dalam perhubungan sex,anda anggap keperluan sex pasangan sama je macam anda.
19. Rajin komen yang tak elok tentang ibu bapa/keluarga pasangan anda.
20. Bertindak bahawa semua yang di atas tu,anda tak buat. Pasangan anda yang sebenarnya perlu berubah!

Demam Ku Yg Teruk
Tanggal 11/05/2010 aku telah diserang
demam panas yg agak teruk...
adesss Tuhan je yg taw betapa seksanya aku
time tu...menanggung panas/sejuk
dalam badan aku nie...Kalau ptg kita
dah tentu panas kan tapi aku
berselubung dlm selimut tebal aku
menahan kesejukkan yg amat sangat..
Yang pelik nye plak sejuk kat dalam tapi panas kat
luar adesss seluruh badan mmg x bermaya..
Kata daddy aku,aku meracau2 x tentu pasal
terjerit2 mcm org gler adesss dah tentu
kan aku demam huhuuuu....entah aku sendiri
pun x sedar yg aku jerit2...mama daddy je
yg taw huhuuu....muntah2 x usah ckp
segala mcm yg aku mkn seblom sakit tu semua
keluar adessss punya la sakit perut aku
nie mcm nk pecah...usus2 aku nie rasa mcm
mengelegak ahhahahhaa.....
Malam,daddy aku bwk g klinik kat Seri Putra
adesss kat klinik aku tibai muntah hahahha
muka nurse tu tension je tgk aku
tapi muke aku selamber dek je ar kan dah nama
pun aku sakit....siot betul doctor bkn xde dlm bilik
tu leh lak kena tunggu sampai kul 8mlm bru
leh jumpa doctor hhahahahha padan ar aku muntah
kat klinik tu hhahahhaa....
Masuk jumpa doctor aku buat muka sakit
yg mcm sakit sgt walaupun mmg sakit
time tu hhehehehe...Doctor check suhu aku
adessss 39' - 40' babe suhu aku...Panas yg
melampau kata doctor...aku rasa kalau rebus telo
buh bwh ketiak masak hahahhahaaa....
Kena 1 enjection,1 pam gas stablizer
aku kena rm57 adessss punya la mahal
kan...mana la doctor2 klinik swasta nie x kaya
nurse dia je ade 3-4 org bkn ade ramai pesakit
pun yg dtg xkan hari2 ade yg sakit kan pepe pun tu
lah doctor klink swasta...Alhamdullilah aku
dah ok panas dh kebah cuma skunk kaki aku
bengkak skit sbb kesan dr panas demam ari tu...
hahahhaa leh la aku kembali ke activity biasa
hahahhah g ngeteh dgn kwn baik aku dan
leh g jln2 hahahhaa....
Subscribe to:
Posts (Atom)